Tuesday, 13 May 2014

Saya dan Ma

Bismillah...Al-Fatihah untuk arwah Ma..
sedar tak sedar dah 4 tahun Ma meninggalkan kami 9 beradik. Rasanya orang yang paling terkesan sekali ialah abah. Ye la..Selama hidup bersama, Ma yang akan masakkan lauk kegemaran abah, Gulai. Tak kisah la gulai biasa ke,gulai kuning ke..yang penting GULAI mesti ada. Gulai ayam, gulai ikan, gulai telur,gulai daging,gulai ayam kampung, gulai itik sekalipun,asalkan gulai.

Walaupun lin tak duduk sekali ngan ma (lin dok ngan mak cik yang dipanggil ma juga,sampai sekarang), hubungan dengan Ma tak pernah putus walaupun kadang-kadang bila berjumpa, tak tahu nak cakap apa.Sebab apa? Darah yang mengalir dalam badan ni ada darah dia. Masa dulu duk asrama, kalau telefon Ma untuk ucap “Selamat Hari Ibu” mesti menangis. Setiap kali nak balik asrama, mesti Ma bekalkan lin biskut ngan Apollo dengan duit. Balik bermalam hujung minggu akan dipenuhi dengan undangan Ma untuk makan tengahari atau makan malam. Kadang-kadang Ma akan telefon rumah Ma (M.cik) suruh anak dia ni datang makan kalau Ma masak apa-apa.

“Leng,turunla..Ma wat ketupat sotong hari ni..mari la make” Ma lin menelefon anaknya ni suruh datang rumah untuk makan ketupat sotong.Betapa kasih sayang seorang ibu....

Ma memang pandai masak..sayangya bakat itu tak turun kat lin..mungkin sebab lin malas ke dapur kot..huhuhu..lin suka lauk Percik yang Ma buat..perghhh sedapnya!! Masa ayam tu dibakar dan kuah percik tu dicurahkan kat atas ayam, bau dia sekampung!!hehehe..lagi satu lin suka puding buih..tapi sayang, yang ini semua tak tahu apa resepinya. Semua tak tahu macam mana nak buatnya.Kalau percik tu,adik lin tau resepinya.Bila dia buat,rasanya boleh sama dengan rasa percik yang ma buat.

Lin rasa untung sangat sebab ada 2 Ma. Bila Ma kandung dah meninggal, masih ada lagi seorang Ma. YA ALLAH..Begitu besar nikmat yang diberikan pada Lin ni. Kasih sayang melimpah dari 2 orang Ma. Alhamdulillah, bakal mak mertua pun ok. Selalu bertanya khabar bakal menantu dia ni..eh eh terbalik plak..hehehe..teringat kecik-kecik dulu, kalau nak raya, baju raya sampai 6 pasang...Wahhhhh..6 pasang!Bangga sangat masa tu.Kenapa leh banyak camtu?Sebab 2 Ma belikan baju raya.Ma beli 3 pasang dan Ma lagi satu pun beli 3 pasang.haaaaa..da jadi enam pasang.Kasut raya, beg raya lengkap untuk sambutan hari raya. Sekarang ni selalu terfikir, kalau Ma boleh belikan anaknya 3 pasang seorang baju, tapi anak ni nak belikan Ma sepasang baju raya pun susah. YA ALLAH...



Al-Fatihah buat Ma Lin, Meriam@Mariyam Abd.Ghani 
Semoga Ma tenang di sana
Selamat Hari Ibu buat Ma Kalthom Chik
Selamat Hari Ibu buat Mak Mirul Zaliha Abu Hassan





Inilah Ketupat sotong
Tapi yang ni...adik lin yang buat..heeee