Tuesday 13 May 2014

Saya dan Ma

Bismillah...Al-Fatihah untuk arwah Ma..
sedar tak sedar dah 4 tahun Ma meninggalkan kami 9 beradik. Rasanya orang yang paling terkesan sekali ialah abah. Ye la..Selama hidup bersama, Ma yang akan masakkan lauk kegemaran abah, Gulai. Tak kisah la gulai biasa ke,gulai kuning ke..yang penting GULAI mesti ada. Gulai ayam, gulai ikan, gulai telur,gulai daging,gulai ayam kampung, gulai itik sekalipun,asalkan gulai.

Walaupun lin tak duduk sekali ngan ma (lin dok ngan mak cik yang dipanggil ma juga,sampai sekarang), hubungan dengan Ma tak pernah putus walaupun kadang-kadang bila berjumpa, tak tahu nak cakap apa.Sebab apa? Darah yang mengalir dalam badan ni ada darah dia. Masa dulu duk asrama, kalau telefon Ma untuk ucap “Selamat Hari Ibu” mesti menangis. Setiap kali nak balik asrama, mesti Ma bekalkan lin biskut ngan Apollo dengan duit. Balik bermalam hujung minggu akan dipenuhi dengan undangan Ma untuk makan tengahari atau makan malam. Kadang-kadang Ma akan telefon rumah Ma (M.cik) suruh anak dia ni datang makan kalau Ma masak apa-apa.

“Leng,turunla..Ma wat ketupat sotong hari ni..mari la make” Ma lin menelefon anaknya ni suruh datang rumah untuk makan ketupat sotong.Betapa kasih sayang seorang ibu....

Ma memang pandai masak..sayangya bakat itu tak turun kat lin..mungkin sebab lin malas ke dapur kot..huhuhu..lin suka lauk Percik yang Ma buat..perghhh sedapnya!! Masa ayam tu dibakar dan kuah percik tu dicurahkan kat atas ayam, bau dia sekampung!!hehehe..lagi satu lin suka puding buih..tapi sayang, yang ini semua tak tahu apa resepinya. Semua tak tahu macam mana nak buatnya.Kalau percik tu,adik lin tau resepinya.Bila dia buat,rasanya boleh sama dengan rasa percik yang ma buat.

Lin rasa untung sangat sebab ada 2 Ma. Bila Ma kandung dah meninggal, masih ada lagi seorang Ma. YA ALLAH..Begitu besar nikmat yang diberikan pada Lin ni. Kasih sayang melimpah dari 2 orang Ma. Alhamdulillah, bakal mak mertua pun ok. Selalu bertanya khabar bakal menantu dia ni..eh eh terbalik plak..hehehe..teringat kecik-kecik dulu, kalau nak raya, baju raya sampai 6 pasang...Wahhhhh..6 pasang!Bangga sangat masa tu.Kenapa leh banyak camtu?Sebab 2 Ma belikan baju raya.Ma beli 3 pasang dan Ma lagi satu pun beli 3 pasang.haaaaa..da jadi enam pasang.Kasut raya, beg raya lengkap untuk sambutan hari raya. Sekarang ni selalu terfikir, kalau Ma boleh belikan anaknya 3 pasang seorang baju, tapi anak ni nak belikan Ma sepasang baju raya pun susah. YA ALLAH...



Al-Fatihah buat Ma Lin, Meriam@Mariyam Abd.Ghani 
Semoga Ma tenang di sana
Selamat Hari Ibu buat Ma Kalthom Chik
Selamat Hari Ibu buat Mak Mirul Zaliha Abu Hassan





Inilah Ketupat sotong
Tapi yang ni...adik lin yang buat..heeee

Herb-Lax-Julap Lembut

Semalam hari cuti sempena Hari Wesak mesti makan macam-macam kan? Lagi-lagi kalau keluar jejalan, cuci-cuci mata tengok barang-barang best, cuci-cuci mata tengok orang ensem (ooppssssss!), mesti mata tu tertancap gak kat segala jenis makanan kat luar tu kan. Al-maklumla..Malaysia ni KAYA dengan pelbagai jenis makanan. Nak makanan Itali pun dah tak payah nak ke Itali lagi dah..huahuahua..DIET???opkos ke laut kan??Lagi-lagi kalau keluar dengan kawan-kawan..takdenya nak diet-diet sume ni..kena gelakkan lagi ada la kalau cakap diet kan..Maka disini Lin nak bagi jalan untuk 'mencuci perut' anda yang dah penuh tu..berlemak-berkalori-berdonut-berkek-berkfc-berJohnny-berSecretRecipe..jom kita singkirkan..kikikiki


Kenapa nak kena cuci perut tu? Perut tu adalah sebahagian sistem penghadaman. Jadi, sila awasi Sistem Penghadaman anda kerana setiap sel,tisu dan organ di dalam tubuh anda amat bergantung kepada sistem penghadaman yang sihat. Penting kan tu...pernah tak rasa perut penuh?sebu?pastu mula la malas nak buat kerja..tak larat..mual la..oleh itu, sekali-sekala laburlah sikit untuk menjaga sistem penghadaman kita ni.


Bagaimana????


Jom ber-Herb-Lax untuk menyokong pelawasan yang teratur.
Terdiri daripada
9 jenis herba semulajadi.

*julap lembut untuk kegunaan sekali-sekala
*menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut bagi membantu proses semulajafi tubuh  badan.
*pembersihan najis yang tersekat
*membantu masalah sembelit




Wahhhh..telan 4 biji sebelum tido..esok pepagi lepas 'melabur' rasa BEST je..kempis gitu perut..


Nak cuba cuci perut?
sms/watsapp 017 9399 084

Tuesday 6 May 2014

Info Produk - MEAL SHAKE

Sempena bulan MEI ni promosi MEAL SHAKE, jom amek masa 10 minit je...scroll habis ye..maksudnya baca sampai habis..hehehe

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Selain itu, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.


Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga..dan lebih menarik lagi...rasa yang SEDAP-------> FRENCH VANILLA..yummyyyy :)

  • Sarapan segera yang berkhasiat
  •  Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
  •  Hidangan segera untuk para atlet
  •  Kudapan menarik pada bila-bila masa
  • Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium
  • sesuai untuk kanak-kanak yang tiada/kurang selera makan
  • sesuai untuk mereka yang ingin menambahkan berat badan




Beli 6 PERCUMA 1
RM 546.00
Sebotol RM 113.75

p/s: tetiba gambar amek dari Instagram lin..hehehe
Follow Ig: azlindahashim
sms/watsapp 017 9399 084



Monday 5 May 2014

Info Produk~Lecithin

Ok..kali ni lin nak cite pasal Lecithin plak..Lin suka cadangkan Lecithin kepada pelanggan Lin yang NAK KURUS tetapi BAJET TERHAD. Memang mampu milik sangat Lecithin ni. Hanya perlu laburkan RM 52.50 untuk tiga puluh hari penggunaan dengan isi kandungan sebanyak 180 kapsul gel lembut. Tak sampai RM 2.00 pun yang anda kena belanjakan untuk pengambilan 6 kapsul gel lembut sehari. MURAHHHH KANNNN???

Secara asasnya, Lecithin ni bertindak sebagai PEMECAH LEMAK dan biasanya untuk dapatkan kesan yang optimum, bantuan daripada ALFAFA sebagai agen untuk DETOKS adalah diperlukan. (ALFAFA+LECITHIN=SET BAJET KURUS) Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin. Soya lecithin merupakan sumber utama Kolina. Semua mesti tertanya-tanya, apa plak la Kolina tu kan..Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. 


dan semestinya, tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan :)

Nak tahu lebih lanjut?
Sms/watsapp 017 9399 084

Cabaran Semalam

Semalam di hari minggu..

tetiba diberi tugasan untuk memasak plak..adeh..parah..dah la jarang nak masak-masak ni..sekali kena masak la plak untuk tengahari..lin ni memang jarang sangat masuk dapur (masuk untuk masak ye)..kalau masuk untuk makan memang hari-hari masuk..sebabnya pepagi jarang sangat nak sarapan kat umah, masuk dapur pun nak shake ESP...balik kerja dah malam..memang tak masak la..balik makan je makanan yang ada kat rumah tu..ataupun makan malam siap-siap sebelum balik kerja..hahaahah..tapi sejak akhir-akhir ni kena masuk dapur untuk memasak la plak..proses nak mengasah bakat kataku..kikiki..kalau tengok resepi kat facebook, kat itenet..nampak cam sedap..rasa nak buat je..kalau rasa bahan senang nak dapat, terus cari bahan dan buat..wah gituuuuu
Menu yang ditugaskan pun senang je sebenarnya..bukan kena wat nasi beriani pun..hahaah

~~~~ikan bawal masak kicap
~~~~ikan pekasam goreng Wow
~~~~Sambal belacan ( siyes, ini percubaan pertama wat sambal belacan hokeyy)


Sebenarnya,  tak nak wat sambal belacan sebab takut nak rasa, tapi kakak paksa nanti katanya kalau Mirul nak makan sambal belacan macam mana? mak mertua ke nak makan macam mana? lin siap bagi alasan lagi..tak pe..dia leh wat sniri kalau dia nak makan..(takpe, dia tak baca blog ni ;) hahahaha..selepas bertungkus lumus memecahkan dapur kakakku, maka TARAAAAAA



Ikan Bawal Masak Kicap, Ikan Pekasam Goreng Wow, Sambal Belacan

Sunday 4 May 2014

Perut tak kempis??


Selamat berhujung minggu :)

Ada yang tanya produk apa untuk kempiskan perut buncit..
Meh lin nak gtau..anda leh cuba Omega Guard..gambar kat atas tu..disamping membantu mengempiskan perut (lelemak dibuang dengan pantas), kesihatan jantung juga dapat dipelihara.
Hah,double action kan...hehehe

Selain itu, kandungan didalam Omega Guard ini ialah Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA). Ianya merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee OmegaGuard™ merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuard™  menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA.


Add on Cinch Shake mix
-untuk bagi otot terbentuk selepas lelemak dibuang. Xde la perut abg tu menggeleber kan..heeeee..yang bestnya lagi,.ada 3 perisa yang boleh dipilih.wow!!!


Perisa Caffe Latte

Perisa Coklat

Perisa Vanilla

Hanya Pilih Perisa KEGEMARAN ANDA sambil MEMBINA OTOT..menarik kan??? :)


Kenapa nak kena add on Cinch Shake 

ni???

Campuran Proprietari Protein dengan Leusina
• Bebas Laktos
• Rendah glisemik
• Soya Bukan-GMO

Cinch® Shakes sangat enak dan merupakan cara yang berkhasiat untuk membantu dalam mengekalkan otot perlu dan memberikan anda rasa puas semasa menurunkan berat badan.
• Diperkaya dengan Leucine™ bagi mengekalkan otot semasa anda menurunkan berat badan
• Kaya dengan protein bagi membantu anda rasa kenyang dan puas

• Tinggi serat dengan enam gram bagi setiap hidangan


yang nak order Shaklee, jangan malu, jangan segan,
sms/watsapp 017 9399 084
Nak harga murah???jangan segan join jadi ahli..sekali bayar je, keahlian seumur hidup..siap ngan pasangan anda sekali terdaftar..hehehe..untung kan??